Panduan Membeli Toaster Oven 2019 - 4 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Dalam artikel saya sebelum ini,saya ada berkongsi dengan anda tentang 5 kelebihan memiliki toaster oven di sini

Dalam artikel kali ini ,saya akan berkongsi dengan anda 4 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda membeli toaster oven anda yang pertama.

Kelebihan utama toaster oven berbanding jenis oven yang lain adalah harga yang murah dan mudah untuk digunakan.Dengan pilihan cirri yang pelbagai dan ciri tambahan anda boleh dapatkan

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli toaster oven yang pertama adalah samada anda perlukan toaster oven konvensional,yang menggunakan infrared atau yang mempunyai cangkuk rotisserie.

Toaster oven conventional – jenis toaster oven ini adalah yang paling biasa di dapati di pasaran,harganya jauh lebih murah berbanding dengan jenis toaster oven yang lain tapi hanya mempunyai ciri asas.

Toaster oven infrared – toaster oven jenis ini menggunakan sinar infra merah untuk memasak.Jika digunakan dengan betul,ianya dapat memasak dengan lebih sekata

Toaster oven dengan cangkuk rotiserrie – toaster oven jenis ini mempunyai cangkuk rotiserrie.sangat sesuai bagi mereka yang suka memanggang daging

Sesetengah toaster oven yang lebih mahal harganya mempunyai kapasiti ruang dalam yang lebih besar paparan skrin sentuh yang dilengkapi penunjuk suhu,biasanya oven seperti ini dilengkapi dengan ciri tambahan.


Jadi apa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli sebuah toaster oven?

Saiz
Sebesar mana saiz toaster oven yang anda perlukan?..Sebahagian besar model toaster oven diukur dengan jumlah luas ruang dalam oven dalam unit liter

Berapa luas ruang dapur yang anda perlukan untuk letakkan toaster oven?

Saya cadangkan kepada anda untuk beli toaster oven yang paling besar mengikut saiz dan bajet wang yang anda peruntukkan


Harga
Berapa yang anda peruntukkan untuk membeli sebuah toaster oven yang baru?

Zaman sekarang ni,bajet kewangan menjadi faktor penghad.anda akan dapat model yang terbaik mengikut keperluan dapur anda jika anda meneliti semua pilihan yang ada dan belilah model toaster oven yang betul-betul mengikut keperluan

Ciri tambahan
Apa ciri tambahan yang mungkin adan perlukan.model toaster oven yang terdapat di pasaran sangat banyak dengan ciri tambahan yang pelbagai

Toaster oven dengan cangkuk rotisserie
Toaster oven dengan pemanas infrared
Toaster oven konvensional

Yang mana satu pilihan anda?

Faktor keselamatan
Keselematan peralatan dapur adalah penting.Tapi sepanjang saya review oven dan saya sendiri mempunyai 2 jenis oven,saya tahu yang oven adalah antara perkakas dapur yang selamat.


Ulasan