"Kadang-kadang nak jugak rasa roti bakar yang di bakar dengan
sempurna dan yang penting tidak terbakar"
"Kadang-kadang rasa malas nak masak,nak je panaskan makanan
dalam peti sejuk..tapi takut terbakar pulak.."
"Kadang-kadang nak jugak merasa masak pizza sendiri"
![]() |
Elba Toaster Oven |
Dialog diatas adalah antara beberapa situasi yang mungkin
pernah anda alami,sebab itulah toaster oven sangat membantu anda disamping oven
konvensional yang ada di rumah.Ianya kecil,pelbagai guna dan lebih murah jika dibandingkan dengan oven konvensional biasa.
Saiz yang Padat
Sebuah toaster oven yang bersaiz biasa akan muat untuk anda
selit di cabinet dapur,ataupun letakkan saja di atas oven konvensional
anda.bergantung kepada saiz ruang yang anda perlukan.
Kebanyakan model toaster oven bersaiz satu hingga dua kaki
tinggi.Jika saiz toaster oven yang menarik perhatian anda untuk
membeli,pastikan betul-betul jika saiz oven tersebut menepati ruang dapur yang
anda perlukan.Ini akan mempengaruhi jumlah ruang yang anda akan pakai.
Saiz toaster oven juga menentukan jenis makanan,saiz dan
jumlah makanan yang boleh anda masak di dalam toaster over tersebut.Jika anda
perlukan ruang dalam oven yang besar,maka belilah yang bersaiz besar.
Kebanyakan saiz oven dipengaruhi oleh harga toaster oven
tersebut,semakin mahal oven tersebut,semakin besar saiz oven yang boleh anda dapatkan.Dan memandangkan toaster oven ini boleh anda gunakan disamping oven konvensional anda,adalah tidak merugikan jika anda dapatkan toaster oven yang bersaiz besar.
Elemen Pemanas Yang Berbeza
Setiap toaster oven yang terdapat dipasaran mempunyai elemen pemanas yang berbeza,ianya bergantung kepada jenis toaster oven yang anda perlukan.
Kebanyakannya mempunyai fungsi convection.Ini bermaksud,udara yang dipanasakan oleh elemen pemanas akan berpusing-pusing mengelilingi ruang dalam oven menggukan kipas.
Ini bertujuan supaya makanan yang dimasak di dalam toaster oven masak dengan sekata.Toaster oven yang dilengkapi dengan kipas juga memasak yang lebih cepat berbanding toaster oven yang tidak mempunyai kipas.Ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
Jika toaster oven tidak menggunakan kipas untuk pengaliran haba di dalam ruang oven,ianya menggunanakan elemen besi pemanas.Ada sesetengah model mempunyai rod pemanas di atas sahaja,ada model toaster oven yang hanya mempunyai rod pemanas di bawah sahaja dan ada model yang mempunyai rod pemanas atas dan bawah.
perlu juga saya ingatkan yang jenis rod pemanas juga mempengaruhi masakan anda.Rod pemanas yang diperbuat daripada quartz akan membuatkan masakan anda lebih sekata jika dibandingkan dengan toaster oven yang mempunyai rod pemanas yang diperbuat daripada besi biasa.
Rak Memasak
Kesemua toaster oven mempunyai sekurang-kurangnya 1 rak memasak. Bergantung kepada jenis dan saiz toaster oven yang anda ingin beli,terdapat model toaster oven yang didatangkan dengan 2 rak memasak yang membolehkan anda memasak lebih dari 2 item dalam satu masa.
Mempunyai rak yang mudah alih,amatlah membantu anda untuk memastikan masakan masak dengan sekata dan yang paling penting ianya lebih mudah dibersihkan
Pelbagai Guna dengan Fungsi Yang Pelbagai
Antara perkara yang paling saya suka dengan toaster oven,adalah terdapat banyak pilihan model toaster oven dipasaran
Tidak semua toaster oven di reka sama rata.Ada yang direka hanya dengan fungsi asas sahaja,iaitu tombol untuk menetapkan suhu,tombol untuk menetapkan masa dan rak untuk meletakkan makanan.
Terdapat juga model toaster oven yang dilengkapi dengan papan skrin sentuh dan lebih hebat lagi kalau ada model yang dilengkapi dengan cangkuk rotisserie.
Menjimatkan Masa,Tenaga dan Wang
Jika anda bandingkan saiz toaster oven dengan saiz oven konvensional,anda akan dapati saiz toaster oven lebih kecil,Ini sudah tentu menjimatkan tenaga dan wang anda.
Dan disebabkan oleh saiz toaster oven yang kecil,anda dapat memasak dengan lebih cepat kerana ruang yang kecil memerlukan masa yang kurang untuk menjadi panas.
Untuk sahaja untuk kali ini,saya harapkan blog ini dan artikel yang saya tulis dapat membantu anda untuk memilih dan membeli oven yang terbaik untuk anda
Ulasan
Catat Ulasan