Teknologi Baru Dalam Ketuhar Yang Perlu Anda Tahu

Ketuhar gelombang mikro atau lebih dikenali sebagai microwave sudah menjadi kemestian di kebanyakan rumah selama beberapa dekad sekarang.

Sebab,amat jarang untuk kita tidak melihat ketuhar dalam sesebuah rumah kan.

Walaupun sesetengah orang hanya menggunakan ketuhar mereka untuk menyediakankan makan malam atau hanya untuk memanaskan  semula makanan.

Ada juga di antara kita yang saya kira sangat kreatif,menggunakan ketuhar untuk memasak makanan sehinggakan ianya menjadi satu ‘seni’

“Seni memasak menggunakan ketuhar”

Teknologi ketuhar gelombang mikro telah berkembang dengan pesat sejak mula diperkenalkan pada akhir 1960-an.

Kebanyakan ketuhar sekarang mempunyai saiz yang jauh lebih kecil dan harga pun jauh lebih berpatutan.

Ini tidak lagi dikira ciri-ciri baru yang ditambah bagi memenuhi keperluan memasak pengguna ketuhar.Mungkin ada diantara anda yang terfikir,apa lagi teknologi ketuhar yang mungkin anda tidak tahu.

Berikut adalah beberapa teknologi baru ketuhar yang digunakan secara meluas di malaysia

Ketuhar bina dalam@Built-In Microwave


Kalau anda nak tahu,dulu anda hanya mempunyai dua pilihan sahaja bila anda memilih ketuhar..

Samada jenis countertop atau over-the-range

jenis counter-top

jenis over-the-range

Untuk memenuhi permintaan industri reka bentuk dapur yang lebih moden dan kemas,anda kini mempunyai pilhan yang ketiga,iaitu ketuhar bina dalam@built in microwave.

jenis built-in


ketuhar jenis ini dipasang terus ke dinding kabinest dapur anda,supaya iainya terus diintegrasi ke dalam kabinet dapur.

Built-in microwave ini didatangkan dengan 2 saiz standard yang biasa untuk disesuaikan dengan lebar dan ketinggian cabinet dapur.Jadi,jika anda bercadang untuk membeli ketuhar jenis bina dalam@built-in,pastikan anda membeli saiz yang betul.

Convection oven/microwave combo

Model ketuhar jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang mahukan ketuhar kedua tetapi tidak mempunyai ruang yang banyak.

Jika anda membeli model ketuhar jenis kombo ini,anda akan dapat menggunkan ‘convection oven’ yang mampu membakar atau memanggang masakan pada suhu antara 100 celcius hingga 250 celcius,bersama sekali ketuhar gelombang mikro yang mempunyai cirri-ciri tersendiri.

Jika anda tidak pernah menggunakan model jenis convection oven/microwave combo ini,anda perlu tahu yang terdapat beberapa perbezaan ketara antara keduanya.tetapi ianay tetap menjadi perkakasan dapur yang sangat dialu-alukan.

Sesetangh model ketuhar jenis kombo ini,membolehkan anda menggabungkan cirri-ciri convection dan ketuhar untuk memasak makanan dalam masa yang kurang
Ketuhar pintar@smart microwave.

Zaman sekarang ni,hampir semua barangan elektronik nak pintar,sampailah ke ketuhar.
Salah satu ciri ketuhar pintar ini adalah kebolehan ketuhar untuk mengukur dan mengekalkan kelembapan di dalam ketuhar,kelembapan ini dikawal oleh sepasang alat pengesan@sensor yang akan terus menerus memantau kelembapan udara,dengan mengawal kuasa output ketuhar.

Ini bagi memastikan makanan dapat dimasak dengan sekata disamping dapat mengekalkan kelembapan,kesegaran dan keenakan masakan


Ketuhar Memanggang/Grill Microwave


Mikrowave yang boleh memanggang?

Kenapa tidak?.jika anda jenis yang suka memanggang makanan tidak suka menunggu lama dan tidak suka balik-balik kena check makanan,ketuhar jenis ini memang sesuai untuk anda.

Ketuhar jenis ini membolehkan anda memanggang makanan dalam masa kurang berbanding cara tradisional.

Pada kebiasaannya ,ketuhar jenis ini biasanya mempunyai plat khas.Penggunaan plat khas ini membolehkan anda memanggang dengan tempoh masa yang lebih pendek tapi masih boleh menghasilkan makanan yang masak sekata,

Perubahan teknologi yang terdapat pada ketuhar memang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini,memberikan pengguna lebih banyak pilihan dengan ciri yang membantu anda memasak dengan lebih sempurna


Ulasan