Makanan dan Bekas Larangan Dalam Oven dan Ketuhar
Sama seperti semua peralatan elektrik yang lain,anda perlu untuk mengetahui langkah berjaga-jaga,terutama sekali peralatan elektik seperti ketuhar gelombang mikro,
Saya berani cakap,yang ketuhar gelombang mikro adalah salah satu
alatan dapur yang mana penggunaan buku panduan adalah sangat penting.
Jangan ambil
remeh,walaupun anda menggunakan ketuhar yang paling asas,anda mesti baca buku
panduan yang disertakan,walaupun hanya setakat maklumat keselamatan
Bagi
memudahkan anda,saya tulis artikel ini untuk rujukan anda tentang beberapa
benda yang TIDAK BOLEH dimasukkan kedalam ketuhar gelombang mikro.
Bekas Pembungkusan
Terdapat
banyak makanan sejuk beku yang dah siap didatangkan dengan bekas yang selamat
digunakan untuk ketuhar.Tapi,anda harus baca dahulu maklumat pada makanan
tersebut,biasanya maklumat itu ada di bahagian belakang makanan sejuk
beku.
Sebagai contohnya,anda mungkin perlu membuka,membuang atau membuat lubang pada pembalut plastik makanan supaya makanan tersebut masaka dengan sekata dan yang paling penting sekali,supaya makanan tersebut tidak meletup.
Sebagai contohnya,anda mungkin perlu membuka,membuang atau membuat lubang pada pembalut plastik makanan supaya makanan tersebut masaka dengan sekata dan yang paling penting sekali,supaya makanan tersebut tidak meletup.
Anda boleh
juga menggunakan bekas sendiri,tapi seperti biasa,pastikan bekas yang anda
ingin gunakan itu selamat sepenuh untuk kegunaan ketuhar.Pastikan dahulu anda
semak maklumat keselamatan bekas yang anda ingin pakai.
Mungkin anda
pernah dengar pasal penggunaan kertas aluminium dalam ketuhar,ada yang
mengatakan ianya selamat,tapi secara peribadinya,saya sangat tidak mengsyorkan
penggunaan aluminium dalam ketuhar.
Terdapat
beberapa sebab kenapa saya tidak mengalakkan penggunaan kertas aluminium,tapi
pada asasnya,penggunaan sebarang bentuk logam di dalam ketuhar boleh menyebabkan
percikan apai dalam ketuhar.Dan dalam keadaan yang serius,mungkin berlaku
kebakaran di dalam ketuhar.
Walaupun
terdapat beberapa jenis beg kertas yang selamat untuk kegunaan di dalam ketuhar,saya
tetap tidak menggalakkan menggunakan beg kertas coklat dalam ketuhar.Sebab haba
yang tinggi boleh menyebabkan beg kertas coklat menyala dan perkara yang paling
anda ingin elakkan adalah ketuhar anda terbakar.
Makanan
Jangan nak
memandai-mandai berfikir yang anda boleh mengeringkan anggur menjadi kismis
menggunakan ketuhar.Nanti terbakar ketuhar anda pula.Kalau anda tetap buat
juga,bukan kismis yang anda dapat,tapi ketuhar terbakar yang anda dapat nanti.
Satu lagi
jenis makanan yang perlu anda elakkan untuk di masak di dalam ketuhar anda
telur ayam,atau sebarang jenis telur.
Sebabnya
sangat jelas,haba yang tinggi akan terbina di dalam telur,dan akan cuba
keluar,letupan kecil mungkin berlaku.
Lada kering
pun tidak boleh diletakkan di dalam ketuhar anda.Ini kerana,terdapat bahan
kimia semulajadi yang dipanggil capsaisin yang boleh meletup .
Sayur-sayuran
juga anda perlu berhati,walaupun terdapat beberapa jenis sayuran yang selamat
di masak dalam ketuhar.
Kebanyakan
sayur-sayuran mengandungi sejumlah air didalamnya,untuk mengelakkan letupan
kecil berlaku,saya nasihatkan anda untuk menyucuk-nyucuk sayuran tersebuat
menggunakan garfu,supaya haba panas yang meresap masuk ke dalam sayuran dapat
di lepaskan dengan selamat.
Makanan
segera seperti sosej,dan kentang juga perlu anda cucuk untuk membuat lubang
udara supaya haba dapat dilepaskan.
Apa sahaja
bentuk makanan yang mempunyai
“kulit” perlu dibuatkan lubang
udara sebelum memasak supaya wap air yang terdapat di dalam makanan dapat
dilepaskan
Ulasan
Catat Ulasan