Tips dan panduan membeli oven
Jika anda
sedang dalam proses membeli oven baru untuk menggantikan oven lama ataupun
ingin menambah lagi oven untuk keperluan dapur atau bisnes,dan anda sedikit
keliru bagaimana untuk memilih oven yang terbaik untuk anda.
Saya
harapkan artikel ini dapat membantu anda.Sebelum anda membuat sebarang
pembelian,terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan antaranya :
(a) Apa yang akan anda masak menggunakan oven ini?
Bagi
saya,soalan ini adalah soalan yang paling utama perlu anda jawab dahulu,sebab
tiada gunanya anda membeli oven mahal jika anda tidak menggunakan kesemua ciri
yang ada pada oven tersebut.
Mungkin anda
ingin gunakan oven tu,hnya untuk mencairkan coklat masakan atau mentega?
Atau anda
hanya ingin gunakan oven tersebut untuk memanaskan kembali makanan anda?
Jika ini
jawapan anda,maka anda hanya perlukan oven yang mempunyai ciri asas sahaja.
Memang
terdapat beberapa model oven yang sesuai untuk kegunaan asas seperti diatas.
(b) Sejauh mana kemampuan oven tersebut?
Ok,ini juga
soalan penting yang perlu anda jawab
Pastikan
anda mengukur dahulu kebesaran oven yang anda ingin beli.pastikan juga anda
mengukur keluasan ruangan dalam oven tersebut.
Keluasan
bahagian dalam bergantung kepada keperlua memasak dan model yang ada.Secara
kasarnya,pastikan terdapat ruanga sebesar 2.5 inchi di bahagian tepi dan 1.5
inchi di bahagian atas dan bawah oven.
Selain
itu,anda perlu tentukan jenis oven yang anda perlukan samada jenis yang berdiri
sendiri atau jenis yang boleh di gabungkan sekali dengan cabinet dapur.
(c)Teknologi memasak
Bahagian
terknologi oven ini agak teknikal bagi kebanyakan orang.Antara rungutan ramai
baker diluar sana yang mempunyai oven,adalah oven yang mereka gunakan tidak
memanas dengan sekata keseluruh bahagian oven dan ada di antara mereka yang
mengatakan oven yang mereka gunakan memanas dalam tempoh yang sangat singkat.
Pembuat oven
berusaha sebaik mungkin dalam menghasilkan model terbaru,tujuannya untuk tidak
memastikan masalah haba tidak sekata tidak berlaku
Seperti yang
anda tahu,terdapat beberapa tekbologi pemanasan dalam oven di pasaran,ada yang
menggunakan wap air,ada yang menggunakan inframerah dan menggunkan convection
techbology..
Secara
peribadi saya lebih suka menggunakan convection technology untuk oven yang saya
gunakan sebab haba dapat disebarkan secara sekata keseluruh oven dengan
baik,jadi masalah yang macam saya katakana diatas tidak akan timbul
(d) Penggunaan Kuasa dan Kapasiti Oven
Penggunaa
kuasa oleh oven yang anda gunakan sama pentingnya dengan ruang dalam oven
tersebut.
Oven yang
mempunyai kuasa tinggi sudah tentu dapat memasak dengan lebih pantas.Akan
tetapi penggunaan elektrik rumah turut akan meningkat dengan banyak.
Kebanyakan
oven yang terdapat di pasaran mempunyai sekurang-kurangnya 800watts,ini sesuai
bagi kebanyak resepi masakan..
Terdapat
juga oven yang mempunyai kuasa sehingga 1200watts.
Selain
penggunaan kuasa sesuatu model oven,anda juga kena mengambil kira saiz
keseluruhan oven tersebut.
Kebanyakan
syarikat pengeluar akan memberikan saiz keselurhan oven,tapi tidak memberitahu
tentang jumlah ruangan dalaman oven.
Jika anda
inginkan saiz oven yang besar dengan kapasiti kuasa yang rendah,anda boleh
pilih Trio Oven 120L
(e)Apakah ciri-ciri oven yang anda perlukan?
Jika anda
hnya menggunakan oven tersebut untuk kegunaan harian,seperti memasak atau
memanaskan makanan,anda hanya perlu oven dengan ciri yang asas
Tapi jika
anda perlukan oven yang mempunyai untuk kegunaan yang lebih kompleks dan juga
untuk kegunaan bisnes bakeri,anda boleh pertimbangkan oven dengan kemampunan
yang lebih berbanding oven yang asas.
Cuma satu
yang perlu saya ingatkan adalah,pastikan anda membeli oven dengan ciri yang
anda perlukan sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan