OVEN KHIND OT2502

Deskripsi

Memasak di rumah tidak perlu menjadi perkara yang rumit,kerana terdapat banyak peralatan elektrik yang boleh memudahkan urusan memasak di rumah.

Jika anda dipertanggungjawabkan dalam penyediaan makanan di rumah,Khind Oven Toaster OT2502 adalah pilihan yang bijak untuk mengurus dan memudahkan urusan anda di rumah.

Khind Oven Toaster OT2502 adalah antara model oven yang laris dijual dan sentiasa mendapat permintaan.Oven model ini juga sangat sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia baking.

Model Khind ot2502 ini mempunyai 3 aras rak dan ianya lebih murah berbanding oven konvensional yang biasa digunakan.

Oven jenis countertop biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek,oleh itu adalah lebih baik sekirannya anda mendapatkan oven yang mempunyai nilai dengan wang anda dan juga kegunaannya.

Jika anda seorang yang baru nak belajar menggunakan oven,tidak kiralah samada untuk kegunaan harian ataupun untuk membuka perniagaan kecil-kecilan,oven khind ot2502 ini adalah pilihan terbaik.

Akan tetapi,perlu saya ingatkan yang oven khind ot2502 ini hanya mempunyai suhu maksimum sehingga 220 celcius sahaja,jadi ianya tidak sesuai untuk memasak pizza atau resepi yang memerlukan suhu yang lebih tinggi.


Mudah dan jimat

Oven khind ot2502 ini mempunyai saiz yang lebih kecil jika dibandingkan dengan oven konvensional.Oleh sebab saiz yang kecil,ini membolehkan oven khind ot 2502 mampu mencapai suhu yang diperlukan dalam tempoh yang lebih pendek berbanding oven konvensional yang kadangkala memerlukan sehingga 15 minit untuk menjadi panas sepenuhnya.Jadi oven ini menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah dan secara tidak langsung boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik rumah anda

 

Ciri Moden

Kelebihan sesuatu oven terletak pada kebolehannya untuk memasak pelbagai jenis menu dan resepi.Oven Khind Ot2502 ini dilengkapi dengan tetapan warming,memanas semula dan defrosting makanan.

Dengan rak boleh laras yang ada pada oven ini,membolehkan anda menetapkan kedudukan makanan yang hendak dimasak supaya masakan anda tidak terbakar nanti.

Kedudukan removable crumb tray yang terletak di bawah memudahkan lagi urusan untuk membersihkan oven ini.

 

Tombol dan tetapan

Tombol yang terdapat pada oven ini mudah difahami jadi anda tidak perlu banyak kali merujuk buku manual.Menetapkan tempoh masa dan suhu adalah mudah,jadi anda dapat memilih samada untuk membakar,broilling dan toasting,

Skrin kecil yang tedapat pada hadapan oven ini akan memudahkan anda untuk memantau suhu dan tempoh masa yang diperlukan.Fungsi pre-set pula ada untuk memasaka menu-menu spesifik seperti pizza atau biskut.

 

Ciri-Ciri Utama

1.Reka bentuk tegak dan bersegi - menjimatkan ruang dapur

 

2.28 Litre kapasiti Oven - ruang yang cukup untuk memasaka satu ekor ayam,pizza sebesar 10 inci

 

3. Pilihan pemanas atas dan bawah - pilihan besi pemanas atas dan bawah membolehkan anda memilih mengikut keperluan memasak anda

 

4.Lampu - supaya anda dapat melihat masakan anda tanpa perlu membuka pintu oven.

 

Ulasan Pembeli

Berdasarkan ulasan pembeli ,ramai di antara mereka yang membeli model ini berpuas hati dengan harga dan nilai yang mereka dapat daripda oven khind ini.Walaubagaimanapun ada di antara mereka yang tidak berpuas hati apabila model oven yang mereka beli,terdapat sedikit kerosakan kecil pada bahagian oven,mungkin disebabkan oleh proses penghantaran dan penjual sepatutnya membalut barangan ini dengan lebih baik.

Anda tidak perlu risau jika terdapat sebarang kerosakan pada oven ini,kerana khind menawarkan tempoh jaminan sebanyak 2 tahun.Anda hanya perlu membawa oven ini ke kedai khind yang berdekatan jika terdapat kerosakan pada oven.

Juga,ramai pembeli yang menyukai warna beige oven ini,anda hanya perlu bertanya kepada penjual jika terdapat warna yang anda inginkan

 

Andakah oven in sesuai untuk anda?

Pada pendapat saya,oven ini sesuai untuk mereka yang baru belajar menggunakan oven yang memerlukan oven bajet rendah.isipadu yang luas 28Liter untuk oven ini sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan memasak anda.Walaupun suhu maksimum adalah sehingga 220 celcius sahaja,tapi ianya sudah mencukupi memenuhi keperluan memasak bagi kebanyakan resepi.Saiz 28Liter ini cukup sehingga untuk membakar kek 10 inci.Dan oven ini mempunyai rekabentuk yang cantik dan elegen.

 



Ulasan