Oven Cornell 50L CEO-SE50L-Oven Premium Dengan Harga Marhaen?

 

Helo semua,

hari ini saya nak review oven dari jenama Cornell iaitu Cornell 50L CEO-SE50L. Oven adalah salah satu model oven terbaru daripada jenama Cornell. Dengan kapasiti 50L oven dengan harga bawah RM 400 mampu menyaingi model oven khind.


Ok,jujurnya saya sebagai penjual/peniaga yang menggunakan oven,kurang gemar menggunakan oven dengan saiz kecil macam oven cornell,tetapi memandangkan fungsi dan kapasiti berpadanan dengan harga yang ditawarkan,saya rasa ianya berbaloi.

Berbaloi macam mana tu ya?

mari kita lihat dahulu ciri-ciri oven ini

Oven Cornell 50LCEO-SE50L ini mempunyai kapasiti dalaman maksimum iaitu 50L,yang dilengkapi dengan termostat yang mampu mengawal suhu antara 100-250 celcius,agak tinggi untuk saiz oven ini. Oven Cornell ini juga hanya mempunyai tampungan masa hanya sehingga 60 minit sahaja,dengan 6 pilihan tetapan memasak.

 


Sama seperti kebanyakan oven lain di pasaran,oven ini juga mempunyai 4 rod pemanas,iaitu 2 di sebelah atas dan 2 di sebelah bawah.Ianya juga mempunyai fungsi asas lain seperti Rotisserie dan Convection.Salah satu ciri yang saya perasan yang tidak semua oven dalam lingkungan harga yang sama adalah kewujudan lampu yang terletak di sebelah dalam oven..

 


Warna yang di tawarkan oleh jenama Cornell untuk oven ini adalah kelabu dengan warna perak di bahagian hadapan oven.Pemegang untuk oven ini adalah diperbuat daripada besi keluli

Kuasa yang diperlukan untuk menggunakan oven ini adalah 1800W dengan berat 12kg.


Kelebihan Oven Cornell50L CEO-SE50L:

1. Kapasiti dalaman yang agak besar iaitu 50L,boleh muat 1 ekor ayam

2. 6 Tetapan memasak,tidak perlu lagi anda mengagak tempoh masa dan suhu yang diperlukan.

3. Lampu dalaman yang dapat membantu anda untuk melihat masakan tanpa membuka pintu oven

4. Tetapan suhu yang tinggi iaitu sehingga 250 celcius,boleh masak pelbagai jenis masakan.

 

Kekurangan Oven Cornell 50L CEO-SE50L:

1. Hanya dibekalkan 2 baking tray sahaja,sekurang-kurang 3 baking tray

2. Tetapan memasak hanya sehingga 60 minit sahaja.

 

Berbalik kepada soalan di atas...

Berbaloikah memiliki oven Cornell CEO-SE50L ini?

Jawapannya adalah YA.

Kenapa?..Sebab harga sangat padan dengan fungsi dan kualiti yang ditawarkan.Dengan harga RM400 kebawah anda akan memiliki oven dengan kapasiti/ruang memasak yang besar iaitu 50L,6 tetapan memasak dan disebabkan itu anda boleh try pelbagai jenis masakan tanpa mengeluarkan jumlah yang besar untuk oven.

 

 

 


Ulasan