Salam semua,hari ini saya nak review tentang Oven KhindOT5205.Lama dah saya nak buat review ni tapi baru hari ini baru ada kesempatan.
Ciri-ciri Khind OT5205
1. Pilihan tetapan suhu untuk membakar dan memanggang
2. Fungsi Rotisserie
untuk memanggang ayam atau daging yang berputar 360 darjah
3. Fungsi convection
bagi memastikan suhu dapat disebarkan dengan sekata di dalam oven
4. Fungsi masa dengan
loceng – anda tidak perlu lagi menunggu di depan oven setiap kali memasak
kerana Oven Khind ini dilengkapi dengan loceng.setiap kali tempoh masa yang anda
tetapkan dah tamat,loceng akan dibunyikan
5. Tetapan suhu sehingga
230 darjah celcius untuk memenuhi keperluan memasak masakan yang pelbagai.
6. Mempunyai fungsi
memilih elemen pemanas.samada pemanas atas,pemanas bawah atau anda boleh
menggunakan kedua-duanya sekali serentak.\
7. Saiz ruang dalaman
oven adalah 52 Liter.
8.
Berat adalah 12.5kg
Spesifikasi kuasa
220-240voltage pada 50/60hz
Kuasa output sehingga 2200w ini bergantung kepada keperluan memasak
Oven Khind 52Liter ini sesuai untuk siapa?
1.peniaga dari rumah.jika anda seorang peniaga online yang menjalankan
perniagaan biskut atau kek dalam kuantiti yang kecil sehingga sederhana,maka
oven ini amat sesuai untuk anda miliki
2. Suri rumah – dengan oven ini anda tidak perlu lagi risau tentang kerana
oven ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi memasak pelbagai jenis masakan.
3.yang baru nak belajar memasak – bagi yang baru nak belajar membuat kek
atau biskut,maka anda juga patut dapatkan oven khind ini kerana oven ini
dilengkapi dengan tetapan suhu sehingga 230 celcius.
Pro Pasal Oven Khind OT5205
1.saiz ruang dalam yang saya kira agak besar jugak untuk julat harga ini
2.pilihan pelbagai tetapan jenis masakan.Ini memudahkan anda untuk
menentukan suhu dan tempoh masa yang anda perlukan untuk memasak.
3.Julat suhu yang besar iaitu dari 100 celcius sehingga 230 celcius
4.tombol masa yang agak besar iaitu sehingga 2 jam
Oven Khind |
Con.
1.ciri-ciri dan fungsi yang biasa sahaja,sama seperti kebanyakan oven
yang lain yang ada dipasaran
2.Oven ini amatlah tidak sesuai jika anda seorang baker yang memerlukan
ruang masak yang besar.
Produk Yang Anda Mungkin Berminat.
Berikut adalah beberapa produk yang mungkin anda berminat,yang mempunyai fungsi dan harga yang hampir sama
1.Oven Khind OT5205 ini hanya sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai
keperluan memasak yang besar atau jika anda seorang suri rumah yang hanya ingin
menyediakan pelbagai jenis masakan untuk keluarga anda.
2.Ataupun anda seorang peniaga kecil-kecilan yang memasak menggunakan
oven dalam kuantiti yang kecil sehingga sederhana.Maka oven ini amatlah sesuai.
3.Tetapi jika anda seorang baker yang memerlukan ruang dalam yang besar
dengan kuantiti memasak yang lebih besar,Oven Khind OT5205 adalah tidak sesuai.
Saya rasa itu sahaja untuk kali ini.
Mungkin ada yang perasan yang format review saya kali agak berbeza
berbanding sebelum ini.
Saya gunakan format ini bagi memudahkan pembaca mencari maklumat
berkaitan oven yang saya review selain
dapat memberikan informasi dengan
lebih pantas,jika dibandingkan dengan
format review saya yang lain.
Ada waranti tak? Agak2 tahan berapa lama ya
BalasPadam