Oven Pensonic PEO1100 - Adakah Oven Ini Yang Terbaik Untuk Dapur Anda?

Salam semua,

hari ni saya nak review model oven terbaru dari pensonic iaitu Oven Pensonic PEO-1100.


Pensonic adalah antara jenama pembuat barangan elektrik yang terkenal di Malaysia. Dan banyak model barangan elektrik dari jenama pensonic ini adalah yang terbaik ada dipasaran.
Ini termasuklah oven PEO-1100 ini.


Ciri-Ciri Utama Oven Pensonic PEO-1100


Oven model ini berkapasiti cukup besar iaitu 100L dengan kuasa sebanyak 1380W sahaja.Kuasa yang cukup untuk oven sebesar ini..

Oven ini dilengkapi dengan sistem kawalan suhu dalam bentuk tombol bagi memudahkan anda memilih suhu yangsesuai untuk sebarang jenis masakan anda.



Seperti kebanyakan jenama oven yang lain,oven pensonic ini disertakan sekali dengan lampu indicator untuk mengelakkan sebarang penggunaan suhu yang berlebihan pada masakan

Satu ciri yang perlu perhatian anda,adalah ciri Automatic shut off .

Apa fungsi Automatik Shut Off ini?

Ianya akan mematikan oven pensonic ini secara automatic jika masa yang ditetapkan telah pun tamat.Jadi anda tidak perlu risau jika makanan yang anda masak akan terbakar atau terlebih suhu

Oven berkapasiti 100L,adalah sangat sesuai untuk tujuan memasak seperti toast,grill ataupun untuk membakar kek dan biskut.

Salah satu ciri yang menarik perhatian saya dengan oven pensonic ini adalah kombinasi system pemanasan yang terdapat dalam oven ini.Ianya seperti berikut

1.Rotisserie/convection atau rotisserie & convection
2.pemanas atas/pemanas bawah atau pemanas atas dan pemanas bawah

OvenPensonic PEO-1100 ini dibekalkan dengan rak wayar,fork dan tray handle untuk pengendalian makanan yang anda ingin masak

Keseluruhan badan oven ini diperbuat daripada steel,ini membolehkan suhu dapat disebarkan secara sekata ke seluruh bahagian dalam oven.

Tetapan masa yang lama iaitu 60 minit,ianya kurang berbanding jenama lain,tapi ianya lebih daripada mencukupi untuk oven saiz ini. Oven Pensonic dilengkapi dengan lampu dalaman



Untuk Siapa Oven Pensonic PEO110 ini?


1.Peniaga kek dan biskut kecil-kecilan.
2.Suri rumah yang memerlukan ruang oven yang lebih luas

 HARGA BELIAN DAN PENGHANTARAN

Harga : RM659.00
Kos penghantaran : rm185.50 ke sabah/sarawak
Tempoh pemulangan ; 14 hari dari tarikh pembelian
Jaminan : 1 Tahun jaminan

Pro

1.Tombol tetapan yang mudah digunakan
2.Tempoh tetapan masa yang lama 60 minit.
3.Gabungan fungsi yang banyak iaitu
     (a)Rotisserie/convection atau rotesseri dan convection
     (b)upper/lower dan upper dan lower
4.Body steel yang kukuh
5.Automatik shut of.

Con

1.Tidak mempunyai kipas.tempoh memasak akan jadi lebih lama,dan kebarangkalian untuk makanan anda jadi terlalu kering atau garing adalah rendah.

2.Kuasa 1380W untuk saiz 100L.Bahagian kuasa yang dihasilkan oleh sebuah oven bergantung kepada fungsi dan saiz oven.Jika saiz oven adalah besar seperti Oven Pensonic ini,sepatutnya kuasa yang dihasilkan adalah lebih tinggi.Jika kuasa tidak sesuai seperti dalam oven Pensonic ini,tempoh memasak akan jadi lebih lama dari yang sepatutnya.

Kesimpulan.

Dengan reka bentuk yang menarik dan kapasiti saiz yang besar,oven pensonic ini sesuai untuk golongan suri rumah yang hanya ingin menyediakan masakan untuk keluarga.

Ditambah dengan tombol di bahagian hadapan,memudahkan pengguna,terutamanya warga emas menggunakan oven ini.

Walaubagaimanapun,oven pensonic ini tidak sesuai untuk mereka yang serius berniaga kek atau biskut,ini disebabkan kuasa yang yang dihasilkan adalah rendah berbanding saiz yang besar.

Bagi pengguna oven,terutamanya golongan suri rumah yang pentingkan ketepatan masa dan suhu,oven pensonic akan menyukarkan mereka,kerana tombol tetapan yang ada tidak dapat memberikan suhu dan tempoh masa yang tepat





Ulasan