Oven Industri : Keperluan Untuk Peniaga Kek dan Biskut

Oven Industri


Oven industri yang kebanyakan kedai atau pengusaha kek dan biskut berskala besar gunakan,mempunyai saiz yang jauh lebih besar dengan kuasa output yang lebih jauh tinggi berbanding oven konvensional seperti oven khind,oven pensonic ataupun oven elba.

Oven industri mempunyai ruangan memasak yang besar untuk kegunaan industri seperti yang saya nyatakan diatas.Ini termasuklah mengering,curing,dan membakar kek,roti ataupun biskut dalam kuantiti yang besar,dalam kuantiti yang tetap(batch) atau secara berterusan dengan penggunaan conveyer belt.

Selalunya oven industri memudahkan pengguna dengan pilihan julat suhu yang lebih besar,saiz loyang yang besar dan beberapa konfigurasi tetapan yang lebih pelbagai(cara memasak)

Oven industri ini digunakan dengan pelbagai keperluan industri bakeri seperti,memproses bahan kimia,penghasilan makanan dan dalam insutri .elektronik

Terdapat beberapa jenis oven indusrti yang perlu kita tahu sebelum membuat sebarang pembelian.Kena juga tahu sebab harga oven industri ini sangat mahal.

Curing Oven - Curing oven selalunya digunakan untuk menghasilkan suatu tindak balas kimia bila suhu tertentu dicapai.

Drying Oven (oven pengering) - oven oengering direka untuk menghilangkan sebarang bentuk kelembapan yang terdapat pada kek atau biskut.

Baking Oven(oven membakar) - kombinasi fungsi curing dan drying.

Reflow Ovens - Oven ini tiada kaitan dengan aktiviti atau perniagaan kek sebabnya oven jenis ini digunakan untuk mengering atau memasang suatu komponen elektronik.

Batch Oven - Juga dikenali sebagai Truck Oven . Oven jenis ini boleh untuk curing,drying atau membakar kek dalam kuantiti kecil secara berterusan ( batch) yang menggunakan conveyer belt atau rak bergerak di dalam oven. Oven jenis inilah yang selalu digunakan untuk perniagaan kek atau biskut.

Conveyer Oven - Oven ini mempunyai rak bergerak atau conveyer belt yang sentiasa bergerak di dalam oven dalam kelajuan tertentu.Sesuai untuk perniagaan kek atau biskut skala besar

Ini sahaja jenis-jenis oven industri.Untuk sebarang bentuk perniagaan,hanya batch oven dan converyer oven sahaja yang selalu digunakan untuk memasak atau membakar kek atau biskut.

Bagi mereka yang serius dalam perniagaan kek bolehlah dapatkan oven industri.Bagi suri rumah yang berniaga kek dari rumah,anda boleh dapatkan beberap jenis oven untuk kegunaan rumah,seperti
oven khind,oven trio,oven pensonic,oven europa ataupun oven elba

Ulasan