3 Jenis Ketuhar Yang Perlu Anda Tahu

Jenis Ketuhar


Untuk dapur rumah anda, anda boleh memilih pelbagai ketuhar moden yang sesuai dengan citarasa anda dari segi ciri ketuhar dan kesesuaian  pelan susunatur dapur anda.

 Beberapa jenis ketuhar yang boleh anda pertimbangkan termasuklah jenis built-in, ketuhar gelombang mikro, ketuhar wap dan self-cleaning oven.

Untuk kesemua jenis oven ini terdapat pelbagai pilihan harga, fungsi, kecekapan tenaga dan jenis rekaan untuk dipertimbangkan dan anda sebaiknya membuat research terlebih dahulu mengenai apa jua model yang menarik kepada anda.


Ketuhar Wap

Ketuhar wap menggunakan udara panas dan lembap untuk membolehkan anda mengukus, membakar dan atau memanggang makanan anda.

Ketuhar ini boleh dipasang dengan cepat dan mudah. Ketuhar mempunyai tangki air yang boleh ditanggalkan yang mempunyai jumlah air yang cukup untuk membolehkan anda memasak  dan stim makanan anda dengan kuasa penuh selama lebih kurang 70 minit.

Air yang telah dibekalkan ke kapasiti ketuhar dipanaskan oleh elemen pemanas yang terletak di dasar ketuhar.

Oleh itu, ketuhar wap mampu mencapai kecekapan maksimum kerana elemen pemanas  hanya akan memanaskan jumlah air yang mencukupi untuk proses memasak.

Selebihnya, kecekapan oven jenis wap ini dibantu oleh kawalan termostatik yang memastikan suhu stim berada antara 35 ° C dan 100 ° C; suhu ini sesuai untuk memasak hampir semua jenis sayuran, ayam, daging dan ikan.

Dari segi penyelenggaraan, oven wap ini mudah untuk dibersihkan kerana ketuhar wap ini mempunyai rekaan dalaman keluli tahan karat. Oven juga mempunyai tetapan untuk pembersihan dan de-scaling.

Ketuhar Gelombang Mikro


Ketuhar gelombang mikro adalah aksesori dapur moden yang paling sesuai  apabila anda perlu menyediakan makanan anda dengan cepat.

Oven ini beroperasi melalui prinsip radiasi gelombang mikro yang mempunyai frekuensi 2500 MHz,
Gelombang mikro ini akan menembusi apa jua jenis makanan yang diletakkan di ruang memasak
Komponen utama ketuhar gelombang mikro ini termasuklah sensor kelembapan, papan kekunci kawalan, jam digital,piring memasak berputar, dan yang paling penting,ruang memasak

Dalam penggunaan ketuhar gelombangmikro adalah tidak disarankan untuk anda mempunyai makanan yang diletakkan dalambekas logam,kerana bekas logam akan menyerap gelombang mikro dan penggunaan bekas logam akan merosakkan ketuhar.

Oleh itu, bekas yang terbaik untuk digunakan di dalam ketuhar ialah bekas yang tidak menyerap gelombang ini, termasuklah kebanyakan bekas seramik, kaca dan plastik.

Ketuhar Tunggal & Ketuhar Ganda Dua

Ketuhar tunggal dan ketuhar ganda dua bergantung kepada saiz, keupayaan dalaman, dan reka bentuk oven.
Dari segi kecekapan penggunaan ruang, ketuhar tunggal mungkin merupakan pilihan yang paling fleksibel, kerana saiznya  600mm lebar X 600mm.
 Saiz standard ini sesuai dengan reka bentuk dapur bagi kebanyakan rumah.
Kapasiti kebanyakan oven jenis ini adalah di antara 53L sehingga 120L

Ketuhar ganda mempunyai dua ketuhar, mempunyai dimensi 600mm lebar X 900mm tinggi.
Ketuhar atas adalah ketuhar pemanggang jenis konvensional dan mempunyai ketinggian antara 33cm-36cm manakala bahagian bawahnya pula,kebanyakannya adalah ketuhar kipas dengan kapasiti 53L-60L.

Ketuhar jenis self-cleaning pula,dapat membersihkan sebarang kotoran atau tumpahan yang tertinggal dari makanan.Ketuhar jenis ini,menggunakan suhu tinggi sehingga 482celcius.

Sebagai langkah keselamatan,ketuhar jenis ini dilengkapi dengan pintu mekanikal yang sentiasa terkunci sepanjang proses pembersihan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Ketuhar jenis ini juga menjimatkan kos elektrik kerana ianya direka dengan lebih penebatan haba dan ini secara tidak langsung membuat proses memasak lebih cekap tenaga





Ulasan